kali ni, i memang terpaksa mengakui bahawa i adalah
HHTA..last sekali update blog pun 12 may! memang lama
uols, sampaikan anak si chinta pun dah besar siap boleh
posing maut dah.. memandangkan nih kemunculan semula i selepas lama menyepi, kat sini siap2 nak buat
statement yang i akan update bila i terasa ada
mood dan betul2 free....menghup-date blog bukan salah satu hobi apatah lagi kerjaan i, yang bisa diletakkan dalam resume..*tetiba
pose-pose emo padahal diri sendiri yang malas..
apa2pun sepanjang beberapa bulan ni, banyak perkara menarik yang berlaku dalam
hidup i.. alhamdulilah, soal kerja semakin baik dan lancar, tambahan dah ada assistant, soal kehidupan sosial ada
pasang surut nyer kejap kencang kejap menyepi, soal aktiviti cik curan tetap sentiasa
kencang, tapi masih dibelakang
kak misya..hehehe! soal-soal lain biasa aja!
tapi uols sekejap ada dah masuk bulan 8, tapi 4 bulan lebih skit nak
menjengah ke tahun baru...so sekarang masa untuk i
menyempurnakan azam tahun ni, semakin singkat! dari 4
sasaran i tuh, alhamdulilah 2 tuh dah tercapai, lagi 2 tuh masih
tiada2 usaha, terutama sekali tang nak
kuruskan badan tu..memang azab, sampai sekarang i dah terpaksa redha dah dan terpaksa mengeluarkan madah sendiri untuk dijadikan kekuatan...dan uols...terimalah
madah dari i sebagai penutup bicara..
"usah terpedaya dengan berat badan kerna akhirnya budi pekerti juga dilihat orang" ~
ADO?